cupideslatest5.jpg

panduan mencantikkan friendster! | coming soon! | Favorite Links | Contact Me
ddddddddddd.jpg

http://www.narutocentral.com/news/

Kepada pengguna-pengguna friendster yang ingin mencantikkan background friendster anda dengan template ataupun gambar, terdapat pelbagai cara dapat di laksanakan.

Disini saya akan memberikan anda langkah demi langkah untuk membantu dan mengajar anda bagaimana hendak mencantikkan background friendster anda.

Seperti biasa, anda mestilah login friendster anda terlebih dahulu, selepas itu click pada edit profile.

Didalam edit profile,terus masuk ke dalam customize, di dalam customize terdapat paparan-paparan gambar yang telah disediakan bagi menbantu anda. Tetapi bagi pengguna friendster yang nak kelainan sikit ada caranya. Terdapat dua cara, cara pertama adalah edit sendiri, cara yang kedua adalah mengambil code html yang telah disediakan oleh laman web tertentu.

1.edit sendiri

1st, Click ‘customize with css editor’ , selepas itu satu tab baru akan timbul.

Disitu terdapat ruang-ruang kotak yang disediakan, sebelum itu, anda haruslah membuka satu laman web lagi, saya syorkan anda membuka web www.yahoo.com ataupun www.google.com.

Selepas itu, click pada images, masukkan apa-apa perkataan yang anda suka, seperti bunga, maka keluarlah gambar-gambar bunga. Click pada gambar yang awak suka, click sehingga gambar itu terbuka luas, selepas itu, saya syorkan gambar yang awak pilih adalah bersaiz lebih kurang 800x800.

Selepas itu, right-click pada gambar, dan pilih properties, tab properties akan keluar, di dalamnya terdapat URL, jadi anda kena copy semua URL gambar itu, selepas itu paste URL itu kedalam ruangan kotak URL yang disediakan di css editor anda.

Didalam css editor terdapat ciri-ciri yang disediakan seperti jenis-jenis huruf, warna huruf, saiz huruf dan sebagainya, terpulanglah kepada anda untuk merekanya. Di situ juga terdapat transparent box, jadi sesiapa yang nak kan kotak-kotak yang terdapat di dalam friendster anda menjadi transparent, hanya click pada transparent box itu.

Selepas itu, turun pada bahagian bawah sekali, click generate code, maka keluarlah kod-kod html, seperti biasa, copy kod-kod itu dan masukkan kedalam ruangan customize css di friendster anda. Selepas itu terpapar bahawa anda telah berjaya mengemaskini background friendster anda. Click untuk preview profile anda.

Senang bukan?

 

2.mengambil code html yang telah disediakan oleh laman web tertentu.

Cara ini adalah lebih mudah dan menyenangkan. Hanya perlu copy-paste code yang telah di berikan. Sebagai contoh, saya syorkan anda mengambilnya daripada laman web Pimp my Profile (www.Pimp-My-Profile.com/). Sila click pada add google di sebelah jika ada. Click sekarang untuk memudahkan anda memahaminya.

Di dalam pimp my ride terdapat friendster layouts. Hanya anda perlu click friendster layout itu. Selepas itu, terdapat banyak kategori akan di beri seperti animals cartoons, anime dan bermacam-macam lagi. Jadi pilihlah layout yang anda suka. Selepas itu click preview untuk melihat rupa bentuk layout itu dengan jelas. Kalau berkenan, click lah pada detailsa code nya dan copy semua code(html) yang di beri. Paste code-code itu di ruangan customize anda dan save. Maka anda telah berjaya mengubah background friendster anda dengan mudah dan cepat.

 

 

handsup.jpg

What's New?

extravangaza 1 !

Bagi pengguna-pengguna friendster yang ingin memuatkan games untuk friendster anda. Saya akan member panduan kepada anda. Saya syorkan anda untuk untuk memilih laman web blingjam (www.blingjam.com). Click sekarang jika terdapat pada add google di sebelah bagi memudahkan anda memahaminya.

Untuk pengetahuan anda, jika anda melayari blingjam, secara automatic laman web blingjam akan bertukar menjadi Rachaelxray. Jangan risau, hanya perlu click pada tempalate blingjam yang terpapar. Selepas itu sila click games, banyak jenis permainan yang disediakan seperti blingding, blingman dan sebagainya. Jadi, click pada game yang anda suka, dengan mudah hanya copy code yang di berikan dan paste dan add kedalam add media di customize friendster anda dan click save. Selepas itu, click preview untuk melihat hasilnya, anda pasti akan berpuas hati.

exrtravangaza 2!

Seterusnya untuk menjadikan gambar-gambar anda lebih cantik dengan decoration yang cantik seperti slideshow yang bergaya…. Cubalah panduan ini.

Didalam customize anda, terdapat template seperti slideshow, rock you, atau photobucket… untuk pengguna friendster yang belum cekap, saya syorkan anda menggunakan slideshow. Click slideshow pada ruangan customize anda. Atau click laman web slideshow di add google di sebelah jika ada. Click sekarang.

Selepas itu tab slideshow akan muncul. Seperti biasa perlu sign in terlebih dahulu. Selepas itu click my files and browse, tekan browse dan carilah gambar-gambar anda. Selepas itu ikut langkah yang disediakan.

1.style, pilih style yang cambest… seperti college, revolver dan macam-macam lagi.

2.themes,skins, size dan yang terakhir adalah privacy, untuk privacy abaikan (tidak penting)

Apalagi, hanya save dan copy code yang disediakan, seterusnya paste dan add pada ruangan add media di customize anda dan save. Click preview untuk lihat hasilnya.

Senang bukan?

extarvangaza 3!

Bagi yang ingin memasang video clip di friendster anda, senang sahaja. Bagi saya laman web youtube menyediakan perkhidmatan dengan senang dan mudah. Click youtube sekarang di add google sekarang jika anda.

Selepas itu anda mesti sign in, bagi sesiapa yang belum mendaftar, sign up terlebih dahulu. Setelah anda sudah mendaftar, clicklah video clip yang di sediakan, pilih yang cambest dan bertauliah. Beribu-ribu video clip yang disediakan di youtube ini. Jadi pandai-pandailah pilih. Selepas itu, copy code yang disediakan pada lagu yang anda pilih. Seperti biasa copy code itu dan paste serta add pada ruangan add media di customize friendster anda. Save dan click preview untuk melihat hasilnya.

Senang bukan?

 

extravanganza 4!

Untuk menambah lagu pada friendster serta menjadikan lagu yang di pilih secara automatic akan kedengaran sesiapa yang melawat friendster anda, saya syorkan layari laman web ini (www.divine-music.net). Jika laman web ini terdapat pada add google di sebelah anda, silalah click.

Untuk pengetahuan anda, di dalam divine-music, terdapat beberapa kategori lagu seperti di bawah:-

1.country music

2.hip-hop

3.pop

4.heavy rock metal

5.R&b

6.techno/dance

7.amicons and avatars

8.glitter lyrics

Pilihlah jenis kategori lagu yang anda suka. Selepas itu terdapat paparan yang menyatakan newest music codes. Silalah click benda itu. Newest music codes itu adalah untuk lagu-lagu yang latest.

Atau click view all untuk melihat semua lagu. Pilihlah lagu yang anda suka. Hanya copy code yang di beri dan masukkan ke dalam add media di ruangan customize friendster anda. Click preview untuk melihat hasilnya.

Senang bukan?

 

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh diajukan kepada junathan86@yahoo.com.Laman ini akan sentiasa diperbaharui untuk memberi yang terbaik dan terkini! Semoga berjaya!

Here I might add an entry whenever I make an update to my web site. Where appropriate, I'll include a link to the change. For example:

11/1/01 - Added new photos to Vacation Album page.

Please get in touch with any comments or reactions to my site.

junathan_86@yahoo.com